Perhatian kepada bakal calon peperiksaan SPM 2023/2024, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini sejajar dengan langkah KPM untuk mengembalikan sesi permulaan persekolahan kepada asal, iaitu pada Januari secara beransur-ansur. Peperiksaan ini akan berakhir pada 7 Mac 2024.
Peperiksaan akan dimulakan dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, dan diikuti dengan Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan. Untuk peperiksaan bertulis, ia akan berlangsung dari 30 Januari hingga kertas terakhir pada 7 Mac.
Diucapkan semoga maju jaya kepada semua pelajar dan dapat menjawab soalan dengan lancar dan tenang.