mcmc
KeusahawananMaklumat Am

TANGGUHAN PEMBAYARAN TEKUN KEPADA USAHAWAN TERKESAN DI PUTRA HEIGHTS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan perkhidmatan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan kepada setiap usahawan yang terkesan daripada insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Tawaran itu sebagai kelonggaran kewangan untuk membayar balik pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.