Taman Tasik Maran Kini Berwajah Baru…
Taman Tasik Maran yang terletak di Mukim Luit Daerah Maran berkeluasan 28.8 ekar ini merupakan kawasan tarikan pelancongan yang wajib dikunjungi.
Taman Tasik Maran adalah sebuah lokasi untuk beriadah. Taman Tasik Maran ini dilengkapi dengan dua buah ‘playground’ yang boleh menampung ramai kanak-kanak dalam satu masa untuk bermain dan tentu gembira dengan suasana pemandangan tasik yang indah dan nyaman.
Terdapat juga trek untuk berjogging dengan mengelilingi tasik yang bersaiz besar. Memang luas tempatnya sambil melihat bunga-bunga yang cantik ditanam di sekeliling Tasik tersebut.