Lubuk Ujid adalah Lokasi perkelahan yang sangat menarik untuk dilawati. Lokasi Lubuk Ujid adalah lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Maran dan terletak di Kuala Sentul. Setiap hari lokasi ini menerima kunjungan dari segenap lapis masyarakat kerana kedalaman air dan keadaan air yang bersih amat sesuai untuk seisi keluarga.Lubuk Ujid merupakan tempat rekreasi yang terletak di daerah Maran. Tempat yang strategik ini juga dapat menarik minat para keluarga untuk berkunjung di sini.Tempat yang selamat dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. tempat berkelah dan bbq juga disediakan oleh pihak pengurusan.