Lubuk Ujid terletak di Kuala Sentul iaitu kira-kira 10km perjalanan dari Bandar Maran dan 11km dari Felda Jengka 2. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung sekitar kawasan untuk beriadah terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Di sekitar kawasan ini terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan tempat meletak kenderaan. Arus sungai yang tidak begitu dalam, bersih, dihiasi dengan batuan sungai yang menarik pandangan sesuai untuk semua pengunjung.
MARAN 29 Mac 2017 Bersamaan 1 Rejab 1438H – Kawasan Rekreasi Lubuk Ujid di Kuala Sentul, dekat sini telah di masyhurkan nama baharu “Taman Rekreasi Che Minah Sayang”. Majlis Pemasyhuran tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.