
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 14 April 2026 (Selasa).
Sebanyak 1,874 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 16 kes kemalangan dan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.