mcmc
Maklumat Am

Sambutan Maal Hijrah (Awal Muharram) 2023

?Sambutan Maal Hijrah disambut oleh umat Islam untuk mengingati perisitiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W daripada kota Makkah ke Madinah pada 622 M. Pedi Jengka 2 ditutup sempena cuti umum.
 
Peristiwa hijrah menandakan permulaan baru bagi umat Islam agar sentiasa memajukan diri daripada aspek ilmu pengetahuan, ekonomi dan sosial.
Oleh itu, umat Islam diseru untuk mengambil ibrah daripada peristiwa Hijrah dengan sentiasa memperbaiki akhlak dan tingkah laku ke arah kebaikan.
“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurniaan.”
(Al-Hajj: 58)
SALAM MAAL HIJRAH