Pada 31 Ogos 2024 yang lepas, pihak KRT Felda Jengka 2 telah menganjurkan pertandingan deklamasi sajak dan busana tercantik sempena hari kemerdekaan. Semangat patriotik yang ditunjukkan amat di luar jangkaan di mana semua masyarakat bertungkus lumus menjayakan aktiviti yang dipertandingkan. Pelbagai warna-warni kemerdekaan dapat dilihat memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Ibu bapa dan anak-anak tidak melepaskan peluang untuk menyertai semua pertandingan yang dipertandingkan. Selain pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan busana tercantik, beberapa aktiviti jualan juga telah diadakan antaranya jualan pakaian terpakai (preloved item), makanan dan minuman serta pemeriksaan kesihatan secara percuma.