mcmc
Keusahawanan

ROTI HOMEMADE HAWA

Pelbagai pilihan roti, donat dan brownies untuk dipilh daripada produk bakeri Puan Hawa. Perniagaan Puan Hawa bermula dari rumah sejak tahun 2014 lagi. Roti yang gebu dan pelbagai perisa membuatkan ramai ahli komuniti memilih untuk membeli dari Puan Hawa. Antara pilihan roti yang popular adalah roti golok, flos ayam dan coklat. Pembeli juga boleh membuat tempahan secara online untuk sebarang majlis.