Maklumat NADI

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) JENGKA 2

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

OBJEKTIF PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer & internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

VISI

  • Menjadikan NADI sebagai “ONE STOP DIGITAL CENTER” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.

 

MISI

Mencapai visi NADI dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :

1. Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.

2. Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

3. Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

NADI Felda Jengka 2 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah:

1. Pengenalan asas computer

2. Asas internet

3. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

4. Desktop publishing seperti Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

  • 5. Latihan keusahawanan 

 

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN

1. Komputer & internet (Wifi Zone)

2. Pengimbasan (Scanning)

3. Laminate

4. Percetakan (Printing) Hitam Putih & Colour

5. Fotokopi (Photostate)

6. Penjilidan (Binding)

7. Sewa bilik latihan

8. Pembayaran bil utiliti

 

WAKTU OPERASI

ISNIN – AHAD : 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

REHAT : 1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG