Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.
Matlamat projek ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Selain itu, projek pertanian bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.
Projek ini merangkumi 2 kategori iaitu:
- Kategori Komuniti- Projek yang dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
- Kategori Individu- Projek yang dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.
Kumpulan sasar untuk terlibat di dalam projek ini adalah seperti:
- Belia
- NGO
- Perumahan bandar dan pinggir bandar
- Institusi kerajaan atau swasta
- Komuniti luar bandar
Bentuk bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off berbentuk input pertanian, latihan, dan khidmat nasihat teknikal.