Tarikh : 05/11/2016 ( 8.00 pagi – 6.00 petang)
Tempat : Pekan Sungai Jerik, Maran, Pahang
Pada bulan november yang lepas, telah berjalannya program Gema Kasih. Program tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota masyarakat dengan pelbagai aktiviti kebajikan serta pendamping sosial.
PI1M Jengka 2 menjadi wakil dari PI1M di Maran untuk membantu SKMM membuka booth di Program Gema Kasih dan Komuniti Anda Di Hati Kami ini. Sejumlah RM7.8 juta bantuan diberikan kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU, di negeri ini. Turut mendapat bantuan tunai ialah penjaga OKU, pesakit kronik terlantar, bantuan OKU tidak bekerja dan bantuan am.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob , Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Ketua Pengarah JKM Malaysia, Datuk Zulkiply Ramli dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Tahar.

