Produk Tempatan
Terdapat pelbagai produk tempatan yang terdapat di Daerah Maran antaranya :-
1. Ayam Kampung
Maran juga terkenal sebagai Bandar Ayam Kampung di mana di sini adalah pengeluar terbesar ayam kampung di Negeri Pahang.
Terdapat pelbagai menu yang di sediakan berasaskan ayam kampung antaranya ayam kampung bakar. Terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan ini di sekitar Maran (rujuk gambar).
2. Tumbuhan Herba
Usahawan ini berasal dan beroperasi dari Felda Jengka 2 dengan nama perniagaan mereka Zalekah Simat Enterprise.Perniagaan ini adalah bertujuan untuk membekalkan bahan-bahan mentah dari tumbuhan herba yang sudah dikeringkan kepada kilang-kilang pengeluar produk-produk seperti ubat-ubatan,kosmetik dan rempah ratus.