

Ditubuhkan pada September 2016 di Temerloh, Pahang. Objektif utama penubuhan adalah bertujuan untuk menternak dan mengedarkan Ikan Patin Sangkar asli dari Temerloh ke pasaran. Membekalkan ikan Patin segar & selamat adalah keutamaan kami.
PERKHIDMATAN JUALAN :
- Baka Ikan Patin yang berkualiti menjamin kualiti ikan dari segi kesihatan iaitu ikan yang selamat untuk dimakan dan bebas dari sebarang wabak penyakit
- Ikan kami tidak hanyir & tidak berbau tanah. Ikan siap dibersihkan serta dibungkus menggunakan teknik kedap udara bagi menjamin kualiti & kesegaran ikan.
- Ikan Patin yang diternakan di dalam sangkar lebih berkualiti kerana faktor air sungai yang sentiasa mengalir menghasilkan persekitaran ikan yang sihat