Dengan usahasama di antara syarikat AURASMA, pihak pusat internet 1 malaysia jengka 2 telah mengadakan pertandingan di antara ahli bagi menyelesaikan ‘Arleta Puzzle” . peserta perlu menjadi yang terpantas bagi memenangi hadiah yang telah disediakan. Konsep puzzle yang disediakan oleh syarikat AURASMA ialah bermain sambil belajar. ‘Puzzle’ yang disediakan bukan sahaja dapat digunakan untuk bermain tetapi juga untuk belajar. ini kerana sekiranya puzzle itu diimbas menggunakan telefon pintar, pengguna dapat mengakses aplikasi pembelajaran yang disediakan oleh syarikat AURASMA. 10 peserta yang memenangi pertandingan untuk telah diberi Arleta Puzzle secara percuma. Pertandingan itu bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.








