Tadika Kemas Felda Jengka 2
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 2
Sejarah SK Jengka 2
Ditubuhkan pada 24 Mei 1971. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai SK Cempaka. Bermula dengan murid seramai 25 orang dan 3 orang guru sahaja.Bangunan pertama sekolah ini terdiri daripada 4 buah rumah peneroka yang kosong. Ianya dikendalikan oleh seorang Guru Besar iaitu Encik Ahmad bin Osman yang merupakan Guru Besar pertama di sini.
Pada 2 Mac 1972, SK LKTP Jengka 2 telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat. Kemudian SK LKTP jengka 2 telah mendapat sebuah lagi bangunan 2 tingkat.
Bangunan gotong royong yang dibina bersama PIBG dirobohkan untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat yang baru. Pada tahun 2003 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru yang lengkap.
Sekolah ini mempunyai 3 bangunan sekolah, sebuah makmal komputer, sebuah kantin, dan sebuah padang permainan dan sebuah tapak perhimpunan.
Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 2
|
Jenis
|
Sekolah Kebangsaan
|
Kod Sekolah
|
CBA 9007
|
Lokasi
|
Luar Bandar (F)
|
Telefon
|
09-4765933
|
Faks
|
09-4765933
|
Emel
|
skjengka2@yahoo.com.my
|
Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jengka 2
Sekolah Agama ini mempunyai guru seramai 6 orang setakat November 2015 dan mempunyai kira-kira 200 orang murid berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Sesi pembelajaran di lakukan pada sebelah petang iaitu 2.30 petang hingga 5.45 petang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Jengka 2
SEJARAH PENUBUHAN SMK JENGKA 2
Pada 1 Januari 1973 SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Kini SMK Jengka 2 merupakan sekolah tertua di Felda Wilayah JENGKA. Sekolah ini pernah muncul sebagai sekolah terbaik dalam kurikulum dan ko kurikulum di peringkat daerah Maran khususnya dan juga negeri Pahang amnya pada era 1990-an.
SMK Jengka 2 merupakan sekolah Gred A (Kategori Luar Bandar) dengan mempunyai jumlah pelajar seramai 1221 orang dan jumlah gurunya seramai 110 orang (berdasarkan anggaran belanjawan mengurus 2010). Ia muncul sebagai sekolah terbesar di Daerah Maran yang agak kompleks sifatnya. Sekolah ini mempunyai 44 kelas yang beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah satu sesi.
Daripada 44 kelas tersebut ia terdiri daripada 2 kelas pendidikan khas, 1 kelas peralihan, 113 kelas menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3), 18 kelas tingkatan 4 dan 5, 9 kelas tingkatan 6 dan 2 kelas MPV. Selain itu sekolah ini juga mempunyai 8 kelas sains tulen yang diletakkan di bawah projek khas Kementerian Pelajaran dan FELDA iaitu Pusat Pembelajaran Sains Sekolah Berasrama di Felda bermula tahun 2008. SMK Jengka 2 merupakan anatara 14 buah sekolah di malaysia yang dipilih sebagai sekolah PPS.Ia menempatkan seramai 220 pelajar aliran sains tulen di seluruh daerah Maran yang berpencapaian sederhana (C+C+C) dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di peringkat PMR untuk diberikan peluang berada di aliran sains tulen. Pada tahun 2010, anggaran pelajar sederhana yang ditempatkan di PPS SMK Jengka 2 adalah seramai 220 orang, tambahan 120 pelajar tingkatan 4, sesi 2010.
Selain itu sekolah ini juga mempunyai kelas tingkatan 6 iaitu sebanyak 9 kelas termasuk 1 kelas 6 rendah aliran sains yang telah diluluskan pembukaannya mulai ABM 2010. Ia menampung pelajar pasca SPM dari sekolah feeder iaitu SMK Jengka 6 dan SMK Jengka 21. Pada era 1990-an kecemerlangan akademik STPM sekolah ini muncul sebagai yang terbaik di negeri Pahang. Pada masa kini usaha untuk memperkasa semula tingkatan 6 sedang giat dijalankan.
Sebagai sekolah ”primer Felda” ia mempunyai kemudahan yang agak lengkap seperti asrama, dewan sekolah, makmal sains dan komputer, pusat akses sekolah, pusat sumber sekolah, bengkel Kemahiran Hidup dan Bengkel MPV, bilik kuliah dan juga 5 blok bangunan yang memuatkan 46 bilik darjah.
Daripada segi enrolmen terdapat 1221 orang pelajar yang terdiri daripada anak dan cucu peneroka di Felda Jengka 2, Jengka 3 dan Felda Ulu Jempol. Selain itu ia juga menampung pelajar dari kampung tradisional Kuala Sentul Maran, pelajar cina dari pekan Sungai Jerik dan juga pelajar India dari estet Chenor. Oleh sebab itu enrolmen pelajar sekolah ini adalah bersifat multiracial dan amat sesuai untuk menjayakan konsep ”ONE MALAYSIA”.
PROFIL
Nama Sekolah:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 2
Kod Sekolah : CEA9114
Gred Sekolah : A
Tarikh Tubuh : 01-01-1973
Jenis Murid : Lelaki & Perempuan
Model : Sekolah Menengah Harian
Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar
Lokasi Semasa : Luar Bandar
Sesi : Pagi
Jabatan Pendidikan : Pahang
Pejabat Pendidikan Daerah : PPD Maran
Kawasan PKG : PKG Jengka
No. Tel: 09-4674325
No. Fax: 09-4674188
Email: cea9114.smkj2@gmail.com
Blog: http://smkjengkadua.blogspot.com
Sumber : http://smkjengkadua.blogspot.my