mcmc
Pertanian

Penanaman Cili/Lada Jengka 2

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Tanaman cili padi merupakan tumbuhan yang hasilkan buah iaitu bahan keperluan bagi makanan yang memberikan rasa pedas. Tanaman cili ini mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dimana tidak banyak mempunyai teknologi yang sesuai mengatasinya. Pengalaman penulis yang banyak kali menanam cili padi mendapati diantara isu dan masaalah utama adalah serangan seperti Penyakit Kerinting Daun dan pokok diserang tidak berbuah dan akan cepat mati selepas itu. Banyak teknologi yang telah diaplikasi untuk pertanian ini.