TERKINI: Pembukaan Semula Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN Mulai 3 Oktober 2021.
Kehadiran ke sekolah hanya 50% daripada enrolmen keseluruhan pelajar.
– Murid dalam kelas akan dibahagikan kepada 2 bahagian
– Kehadiran murid ke sekolah yang tiada penggiliran (rujuk gambar)
Negeri Fasa 1 – Sekolah tidak akan dibuka
– Secara umumnya, semua murid sekolah rendah dan menengah akan terus belajar di rumah PDPR di Fasa 1,2 dan 3 PPN kecuali Murid Bekeperluan Khas dan Kelas Peperiksaan Utama di sekolah Menengah
– Hanya di Fasa 4 murid hadir sekolah tapi ikut tarikh ditetapkan KPM dan secara bergilir
Sesi Pembelajaran Tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga Mac 2022
Murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2022 hanya akan ke sekolah pada Mac 2022
Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak sesuai dipakai
Jika ibu bapa bimbang anak hadir ke sekolah, ketidakhadiran murid ke sekolah tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun perlu dimaklumkan dengan menulis surat.