mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

 

Pelancongan di Daerah Maran,Pahang

 

MARAN adalah sebuah daerah dalam Negeri Pahang iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuantan ke Jerantut dan ke Temerloh. Terdapat banyak tempat-tempat rekreasi yang menarik di daerah Maran seperti Air Terjun Berkelah,Air Terjun Teladas, Jeram Pelangi di Kuala Sentul, Lubuk Yu dan Maran Hill Golf Resort.

 

Hutan Lipur Teladas

 

Hutan lipur ini terletak 2km dari Bandar Maran dan 50km dari Temerloh dan telah ditubuhkan pada tahun 1985. Kawasan ini dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjunnya dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. Terdapat lebih kurang 1,000 orang pelawat datang berkunjung ke sini di dalam satu bulan terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awan, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikpulih. Disamping itu usaha menanam beberapa jenis pokok sebagai program pengindahan telah dijalankan.

 

 

 

Padang Golf (Maran Hill Golf Resort)

Terletak kira–kira 3km dari Bandar Maran.