Malaysia telah memainkan peranan yang signifikan sebagai pemudah cara, tuan rumah serta saksi kepada kejayaan persefahaman bersejarah antara dua negara ASEAN, Thailand dan Kemboja, yang telah mencapai persetujuan untuk menamatkan konflik menerusi pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam tadi. Inisiatif diplomatik ini telah dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Kejayaan ini menjadi bukti kukuh keupayaan diplomasi ASEAN yang berteraskan semangat muafakat, rundingan dan prinsip kemanusiaan.