Maklumat NADI

Maklumat Pusat Internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. NADI Felda Jengka 2, Maran Pahang mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Apa yang menarik dan mengapa anda perlu menggunakan khidmat kami?? Sebelum itu biar kami terangkan mengenai Pusat Jalur Lebar komuniti yang kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

 

Pusat Jalur lebar Komuniti merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan TM Bhd yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence telah diberi mandat untuk melaksanakannya.

Pusat Internet yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet membolehkan komuniti melayari internet dan menikmati internet seperti komuniti dibandar. Warga Komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit dengan adanya Pusat Internet.

Selain itu, dengan adanya NADI ianya dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Apabila ahli komuniti menjadi ahli pusat internet,pelbagai kemudahan dapat digunakan oleh ahli secara percuma/dengan harga yang berpatutan.

Antara kemudahan yang disediakan oleh NADI Jengka 2 adalah printing, laminate, binding, dan zon internet tanpa wayar(WIFI).

 

LOKASI : NADI Jengka 2 terletak bersebelahan dewan JKKK dan bersebelahan Taman Rekreasi Jengka 2.