Memperkatakan tentang makanan, Negeri Pahang memiliki pelbagai jenis makanan yang menjadi bualan ramai orang di seluruh Malaysia. Antara makanan tradisi yang menjadi kegilaan ramai ialah Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam Pahang, Gulai Asam Rom, Masak Lemak Cendawan Sisir,Pais Patin/Talapia dan pelbagai lagi makanan yang menarik di sini.
Patin Masak Tempoyak
Sambal Hitam Pahang
Patin/Talapia Pais Tempoyak
Gulai Lemak Kulat Sisir
Gulai Asam Rom Ikan Sungai
Semua makanan di atas adalah makanan tradisi Pahang. Rugilah sesiapa yang tinggal di Pahang tidak pernah merasai keenakkan masakan tersebut. Pada yang tinggal di luar Pahang, sekiranya terdapat peluang melancong ke negeri ini, janganlah lepaskan peluang untuk menikmati masakan-masakan ini 🙂