Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan JKKK felda Cempaka Jengka 2
Majlis penyampaian hadiah dan anugerah sekolah agama rakyat jengka dua diadakan di dewan JKKK dan dihadiri oleh ibu bapa pelajar, pelajar, guru-guru dan pengurus pejabat felda cawangan jengka 2. Oleh kerana itu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Jengka 2 telah menghadiri majlis tersebut bagi tujuan untuk membuat promosi dan menyertai program bersama komuniti. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dan khatam quran pelajar sekolah agama rakyat. Bagi tujuan promosi ,pihak Pusat Internet 1Malaysia telah mnyediakan hadiah seperti bekas makanan dan tabung untuk diberikan kepada komuniti yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Jengka 2.





