| ESUKAN : KESIHATAN MENTAL & KESEJAHTERAAN ATLET ESUKAN TARIKH/MASA : 08.09.2025 , 10.00 Pagi 11.00 Pagi TEMPAT : NADI Felda Jengka 2 JUMLAH PESERTA : 5 Orang |
Tujuan :
Pembelajaran tontonan video online e-sukan bertajuk “Kesihatan Mental & Kesejahteraan Atlet Esukan” adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, mengurus tekanan dengan bijak serta mengekalkan kesejahteraan diri supaya mereka dapat mencapai prestasi terbaik dalam pertandingan.
Aktiviti :
Pembelajaran ini dapat meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental dalam kalangan atlet e-sukan, membantu mereka mengenali tanda-tanda awal tekanan dan cara mengatasinya, menambah pengetahuan tentang keseimbangan antara latihan, rehat dan gaya hidup sihat, serta menyokong pembangunan atlet yang lebih berdaya tahan, fokus dan berdisiplin di samping menggalakkan budaya positif dalam komuniti e-sukan melalui perkongsian ilmu secara mudah dan boleh diakses secara online.
| KEUSAHAWANAN COHORT 5 : WEBINAR PENGURUSAN KEWANGAN & PERANCANGAN PERNIAGAAN TARIKH/MASA : 11.09.2025 , 10.00 Pagi 11.00 Pagi TEMPAT : NADI Felda Jengka 2 JUMLAH PESERTA : 3 Orang |
Tujuan :
Tujuan latihan keusahawanan melalui webinar bertajuk “Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan” adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepentingan mengurus kewangan dengan teratur serta merancang perniagaan secara strategik agar dapat menjamin kelangsungan dan perkembangan perniagaan.
Aktiviti :
Kebaikan latihan ini ialah ia dapat membantu usahawan meningkatkan kemahiran dalam mengawal aliran tunai, membuat perancangan kewangan yang berkesan, menyusun strategi perniagaan yang lebih teratur, serta membina daya saing yang mampan bagi memastikan perniagaan berkembang dengan lebih stabil dan berjaya.
| KIDVENTURE COHORT 6 : WEBINAR OPERASI PERNIAGAAN TARIKH/MASA : 20.09.2025 , 10.00 Pagi 11.15 Pagi TEMPAT : NADI Felda Jengka 2 JUMLAH PESERTA : 3 Orang |
Tujuan :
Tujuan aktiviti latihan Kidventure melalui webinar bertajuk “Operasi Perniagaan” adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengurus dan melaksanakan operasi perniagaan dengan lebih sistematik, termasuk aspek pengurusan sumber, penyelarasan aktiviti harian, serta peningkatan kecekapan dalam proses kerja supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Aktiviti :
Melalui latihan ini, peserta dapat memahami kepentingan merancang dan mengurus operasi perniagaan secara teratur, meningkatkan pengetahuan tentang strategi dalam menguruskan pekerja dan sumber dengan cekap, membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah yang timbul dalam operasi seharian, serta menambah keyakinan untuk mengurus perniagaan secara lebih profesional dan berdaya saing.