mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2019

1, Sukaneka bersama GPW

TARIKH : 14/11/2019

TEMPAT : Kawasan Dataran PI Jengka 2

PESERTA : 30 orang

TUJUAN

Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pihak GPW dan ahli komuniti, dan juga turut berkumpul untuk pertandingan kesihatan,aktiviti yg berlandaskan gaya hidup sihat telah diadakan. 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka permainan musang berjanggut, susun botol,boling kelapa dan jaringkan bola jaring terbanyak. Aktiviti lain juga termasuk zumba dan fun walk di kawasan sekitar felda jengka 2 iaitu laluan masjid dan taman permainan.

Gambar disini

 

2. Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Nov 2019

TARIKH : 14/11/2019

TEMPAT : PI Jengka 2 & Dewan JKKK

PESERTA : 115 ORANG

TUJUAN

Bagi memberi pendedahan kepada ahli komuniti mengenai produk kesihatan dan gajet yang ada dipasaran dan seterusnya memperkenalkan dashboard Pusat Internet kepada semua. Selain itu kita turut ingin mengwarwarkan mengenai aplikasi dashboard dan perkhidmatan yang ada di pusat internet.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang diadakan termasukklah check up kesihatan dan pameran, juga pemeriksaan mata bagi semua golongan ahli komuniti. flyer my freeview turut diberi. Ceramah kdb dan advokasi dari petugas pusat internet.

Gambar disini

 

3. Mewarna Poster Nov 2019

TARIKH : 14/11/2019

TEMPAT : PI Jengka 2

PESERTA : 40 Orang

TUJUAN 

Sempena program bersama tadika, aktiviti mewarna poster ini diadakan untuk memperkenalkan pelajar kepada penggunaan internet dan web untuk mencari gambar.

AKTIVITI 

Aktiviti yang dijalankan untuk mereka adalah taklimat KDB, mencari dan muat turun gambar dari internet dan seterusnya mewarna.

Gambar disini

 

4.Pertandingan Salad ‘Kreatif” Nov 2019

TARIKH : 14/11/2019

TEMPAT : PI Jengka 2

PESERTA : 6 orang

TUJUAN

Untuk memberi ahli komuniti peluang untuk mengenali makanan sihat dan resepi mudah sihat dari internet, pihak PI telah membuat pertandingan berasaskan makanan sihat dari protein dan vitamin

AKTIVITI

Peserta mencari resepi di internet dan seterusnya memasak dan membuat dekorasi di PI. Seterusnya diadili oleh pihak dari Klinik Kesihatan

Gambar disini

 

 

5.Ceramah Kesihatan Nov 2019

TARIKH : 14/11/2019

TEMPAT : Dewan JKKK

PESERTA : 50 Orang

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mendapatkan rawatan untuk sebarang simptom yang dialami sekiranya ada.

AKTIVITI

Ceramah dan taklimat diberi oleh DR Halim dari Klinik Kesihatan Jengka 2 dan Puan Najihah, Wakil dari Klinik Kesihatan Maran

Gambar disini