mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024

WORDWALL : KOMPONEN KOMPUTER
TARIKH/MASA : 13.12.2024 , 3.00ptg-6.00ptg
TEMPAT : NADI Felda Jengka 2
JUMLAH PESERTA : 8 Orang

Tujuan :

Tujuan aktiviti mengenal komponen komputer adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang fungsi dan peranan setiap komponen dalam sistem komputer, serta untuk membolehkan pengguna lebih mahir dalam menggunakan dan menyelenggara komputer.

Aktiviti :

Perkakasan komputer atau peranti komputer merujuk kepada bahagian-bahagian fizikal membentuk suatu unit komputer yang lengkap berbanding dengan perisian yang berupa arahan atau maklumat yang dilaksanakan untuk menjanakan kerja. Aplikasi wordwall digunakan untuk melatih pelajar menegenal asas komponen komputer seperti tetikus,papan kekunci,monitor dan lain-lain.

STEM : ANIMAL SKELETON
TARIKH/MASA : 20.12.2024 , 3.00ptg-5.00ptg
TEMPAT : NADI Felda Jengka 2
JUMLAH PESERTA : 10 Orang

Tujuan :

Rangka merupakan sistem sokongan kepada organisma. Sistem sokongan ini bertindak sebagai bingkai tubuh yang tegar. Biasanya rangka ini dibina daripada kalsium. Para pelajar didedahkan tentang rangka atau skeleton haiwan yang berada di sekeliling mereka. Pelajar perlu meneliti setiap perincian untuk mengenalpasti apakah haiwan tersebut.

Aktiviti :

Pelajar didedahkan tentang jenis rangka yang terdapat pada haiwan iaitu rangka luar,rangka dalam, dan rangka hidrostatik. Pelajar juga didedahkan tentang kepentingan dan kegunaan sistem rangka iaitu memberi sokongan, gerakan, pelekatan otot, perlindungan dan banyak lagi. Kuiz tersebut menekankan penggunaan gambar rajah haiwan yang menarik. Antara contoh haiwan yang terdapat dalam kuiz tersebut seperti ikan paus, ular, zirafah, buaya dan lain-lain.