mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2024

 

 E-Learning: Quiziz Arabic

TARIKH/MASA : 06.04.2024 , 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

TEMPAT : NADI Jengka 2

JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

 

Tujuan:

Mempelajari bahasa Arab dengan cara yang menyeronokkan adalah cara yang bagus untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Aktiviti :

Terdapat pelbagai aplikasi mudah alih yang direka khas untuk pembelajaran bahasa Arab dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Aplikasi seperti Wordwall, Kahoot dan Quiziz menawarkan pelbagai permainan, latihan, dan ujian untuk memperkukuhkan kemahiran bahasa Arab. Kuiz sering memerlukan pemain untuk mengenal pasti struktur tatabahasa yang betul dalam kalimat Arab. Ini membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang tatabahasa Arab dan cara penggunaannya. Selain itu, kuiz yang mengandungi soalan-soalan membaca atau teks Arab membantu menguji dan meningkatkan kemahiran membaca pemain dalam bahasa Arab.

Gambar Disini

 

 Klik Dengan Bijak

TARIKH/MASA : 19.04.2024 , 2.30 Petang – 5.30 Petang

TEMPAT : NADI Jengka 2

JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

Tujuan : 

Kik Dengan Bijak adalah salah satu platform yang menekankan pentingnya untuk mempertimbangkan tindakan kita secara online dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari risiko dan bahaya yang terkait dengan penggunaan internet.

Aktiviti :

Kelas yang diadakan ini memberi pengajaran kepada remaja untuk sentiasa menghormati orang lain dalam interaksi online dan hindari perdebatan yang tidak produktif atau bersifat merugikan. Dengan itu, remaja akan lebih peka terhadap kepentingan menjaga privasi secara online. Mereka akan belajar untuk tidak membagi maklumat peribadi dengan mudah dan memahami risiko yang berkaitan dengan perkongsian maklumat tanpa pertimbangan. Dengan mengawal tabiat mengklik dan menggunakan internet dengan bijak, remaja ini dapat mengelakkan daripada menjadi terlalu bergantung kepada platform dalam talian dan menjaga keseimbangan hidup yang sihat.

Gambar Disini

 

 Fun English Learning

TARIKH/MASA : 20.04.2024 , 2.30 Petang – 5.30 Petang

TEMPAT : NADI Jengka 2

JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

Tujuan : 

Bagi meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris kepada remaja terutama kepada pelajar sekolah rendah, kelas Fun English telah diadakan. Fun English ini bertujuan untuk membantu mengurangkan stress yang berkait dengan bahasa asing sehingga mencipta suasana lebih santai untuk memahami Bahasa Inggeris.

Aktiviti : 

Pendekatan ini memberi focus untuk membuat pembelajaran menjadi lebih menarik, menghibur dan bermakna bagi remaja sehingga meningkatkan motivasi dan keterlibatan mereka dalam proses pembelajaran. Melalui permainan, remaja ini dapat mengembangkan keterampilan Bahasa Inggeris mereka tanpa merasa seperti sedang belajar dalam tekanan. Dengan menggunakan pendekatan ini, diharapkan remaja ini akan lebih mudah menyerap bahan pengajaran dan mencapai kemajuan yang lebih baik dalam menguasaan Bahasa Inggeris.

Gambar Disini

 

 Paint (Poster Suasana Hari Raya)

TARIKH/MASA : 27.04.2024 , 9.30 Pagi – 1.00 Petang

TEMPAT : NADI Jengka 2

JUMLAH PESERTA : 10 Orang

 

Tujuan :

Dengan menggunakan perisian reka bentuk grafik seperti Microsoft Powerpoint atau Paint, ia membolehkan remaja mengekspresikan kreativiti tanpa batas.

Aktiviti :

Remaja ini boleh mencipta imej, menggunakan pelbagai kesan dan menggabungkan pelbagai unsur reka bentuk untuk mencipta poster yang unik dan menarik. Dengan menggunakan kemudahan penyuntingan sedia ada, mereka dapat menyesuaikan size, mengubah warna, menambah atau menghapus elemen dan membuat banyak perubahan lain tanpa perlu membuat semula dari awal. Aktiviti melukis poster menggunakan komputer lebih berkesan dari segi masa berbanding melukis secara manual. Poster yang dibuat menggunakan komputer boleh disimpan dengan mudah dalam format digital dan dicetak dalam jumlah yang diperlukan serta dapat dikongsi secara dalam talian.

Gambar Disini