Nama : Puan Zahirah Binti Ismail Umur : 25 tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Sebelum ini, Puan Zahirah hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Beliau pernah bekerja sebagai admin di Malindo Air sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung selepas berkahwin. Beliau menjadi agen kepada pelbagai produk kecantikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 2, Puan Zahirah kini telah memiliki pages di facebook beliau bagi mempromosikan produk kecantikan Beliau. Pelanggan beliau dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500- RM 1000/ sebulan.
Gambar Puan Zahirah ketika menghadiri salah 1 kelas usahawan di PI.