mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (Usahawan) Puan Sarina

Nama : Puan Sarina binti Abdul Rahim

Umur : 48 tahun

Ahli : 2013

 

Latar belakang

Sebelum ini, Puan Sarina hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Di awalnya, beliau hanya menjual kuih secara on off dikalangan kenalan dan penduduk jengka 2 sahaja. Selepas beberapa ketika mengikuti kelas di PEDi Felda Jengka 2, beliau akhirnya berjaya memasarkan produk beliau secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Felda Jengka 2, Puan Sarina kini telah menggunakan facebook beliau bagi  mempromosikan produk kuih muih beliau. Pelanggan beliau dapat  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500- RM 600/ sebulan.