mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Puan Yusnani

Nama : Yusnani binti Jusoh

Umur : 34 tahun

Ahli : 2019

Latar Belakang

Sebelum ini, Puan Yusnani hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Mempunyai 3 orang anak dan menjadikan jualan pelbagai jenis kuih muih serta pemanis mulut sebagai aktiviti sampingan.

Selepas penggunaan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 2, Puan Yusnani kini telah memiliki pages di facebook beliau bagi mempromosikan hasil jualan beliau. Pelanggan beliau dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500- RM800/ month.