Nama : Puan Syerin Intan Syakilla Tahun : 2014
|
Latar belakang
Sebelum ini, Puan Sherin hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Di awalnya, beliau hanya menjual baju dikalangan kenalan dan penduduk jengka 2 sahaja. Selepas beberapa tahun mengikuti kelas di PEDi Felda Jengka 2, beliau akhirnya berjaya membuka sebuah kedai baju yang dinamakan sebagai LEMARI AMI di Bandar Jengka.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Felda Jengka 2, Puan Sherin kini telah memiliki pages di facebook beliau bagi mempromosikan produk baju baru dan video-video di kedainya. Pelanggan beliau dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500- RM 1000/ sebulan.
.