Latar belakang Nur Hamiera belajar di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun lepas. Mempunyai 5 orang adik beradik. Baru sahaja menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun lalu. Sejak menjadi Ahli di Pusat Internet Jengka 2, Hamiera kerap ke PI untuk mengulangkaji bersama rakan-rakannya dan sekarang masih menunggu untuk menyambung pelajaran ke lebih tinggi. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Saya (Hamiera) menggunakan internet dengan bantuan petugas PI pada mulanya kerana saya tiada asas dalam penggunaan internet. Selepas saya mengikuti kelas yang telah diadakan, saya telah pandai untuk mencari segala maklumat penting untiuk membantu saya di dalam matapelajaran saya yang lemah. Apabila selesai belajar di sekolah, saya akan pulang ke rumah dan cuba untuk memahami subjek yang sukar dengan sendri tanpa bantuan tenaga pengajar selain Ibu dan ayah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Setelah saya ( Hamiera ) pandai menggunakan internet, saya lebih mengetahui tentang banyak perkara dan ini memudahkan saya serta membantu saya dalam segi pembelajaran. Selepas pulang ke sekolah ,saya akan ke Pusat Internet bersama rakan untuk mengulangkaji pelajaran di bantu oleh petugas PI. |
Apa yang dipelajari melalui PI Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan membuat kerja sekolah yang memerlukan penggunaan Ms. Office. Belajar mengulangkaji pelajaran seperti subjek yang sukar seperti Bahasa English secara online di Internet Merujuk kepada laman sesawang yang banyak mengajar secara online tentang kepentingan pembelajaran. Bagaimana PI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT Kemudahan di Pusat Internet itu sendiri telah membantu saya (Hamiera) di dalam pelajaran. Ketika mengulangkaji pelajaran, jika ada sesuatu yang saya tidak faham selain bertanya pada guru, saya sendiri akan mencari maklumat di internet. Setelah mengikuti kelas dan mencari maklumat di PI, saya telah mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM saya.
|
Kisah Kejayaan
28 August 2017