mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (Celik IT) Puan Liza

Nama: Lizawatee binti Abu Seman

Umur: 37 Tahun

Ahli: 2015

 

Latar belakang
Puan Liza adalah seorang surirumah sepenuh masa. Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.Puan Liza kerap datang ke PEDi untuk melakukan kerja-kerja yang menggunakan komputer untuk dirinya serta persekolahan anak-anaknya. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya (Liza) menggunakan internet dengan bantuan petugas PEDi pada mulanya kerana saya tiada asas dalam penggunaan internet. Sebelum mengenali PEDi, saya kerap bertanya kepada kawan-kawan dan agak sukar untuk mendapat jawapan yang cepat dan tepat.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas saya mengikuti kelas yang telah diadakan, saya telah pandai untuk mencari segala maklumat penting untiuk membantu saya menguruskan segala kerja dan urusan sekolah anak-anak.