mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN(CELIK IT)

Latar belakang

Muhammad Asyraf belajar di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun lepas. Mempunyai 4 orang adik beradik. Baru sahaja menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun lalu. Sejak menjadi Ahli di Pusat Internet , Asyraf kerap ke PI untuk mengulangkaji bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya (Asyraf) menggunakan internet dengan bantuan petugas PI pada mulanya kerana saya tiada asas dalam penggunaan internet. Selepas saya mengikuti kelas yang telah diadakan, saya telah pandai untuk mencari segala maklumat penting untiuk membantu saya di dalam matapelajaran saya yang lemah. Apabila selesai belajar di sekolah, saya akan pulang ke rumah dan cuba untuk memahami subjek yang sukar dengan sendiri tanpa bantuan tenaga pengajar selain Ibu dan ayah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah saya ( Asyraf ) pandai menggunakan internet, saya lebih mengetahui tentang banyak perkara dan ini memudahkan saya serta membantu saya dalam segi pembelajaran. Selepas pulang ke sekolah ,saya akan ke Pusat Internet bersama rakan untuk mengulangkaji pelajaran di bantu oleh petugas PI.