Keselamatan Rukun Tetangga (KRT)
Keselamatan Rukun Tetangga (KRT) Jengka 2 merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Jengka 2. Peranan utama KRT adalah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan Felda Jengka 2. Anggota kumpulan rondaan KRT di Jengka 2 majoritinya dianggotai oleh ahli-ahli belia. Pintu pagar Jengka 2 akan mula ditutup pada pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Para sukarelawan akan meronda seluruh kawasan jengka setiap 30 minit ke 60minit.