mcmc
Galeri Foto

KELAS MEMBUAT NASI KEBULI

Bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar mengenai nasi ini, nasi kebuli berasal daripada Indonesia. Merupakan sejenis nasi berempah dikukus bersama lada hitam.

TARIKH : 07/12/2016 ( 9.00 pagi – 12.00 tengahari)

TEMPAT : Masjid JamekJengka 2

Tujuan program ini diadakan sebagai salah satu acara bulanan bagi GPW. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk menarik lebih ramai suri rumahtangga menyertai program bersama komuniti.Golongan suri rumahtangga dan ahli GPW(Gerakan wanita) Seramai 25 orang peserta telah turun padang bagi memeriahkan kelas dan menyediakan pelbagai juadah.Ketua GPW , Puan Aizah telah menyediakan barang-barang yang diperlukan untuk acara tersebut. 
Menggalakkan lebih ramai ahli komuniti untuk menyertai program kemasyarakatan. Selain dari itu, Aktiviti ini juga membuatkan peserta lebih peka dengan kehidupan penduduk setempat. Selain dari kelas memasak yang dibuat, pihak pusat internet telah membuat sedikit perkongsian mengenai program-program yang akan diadakan di pi1m bagi menarik penglibatan lebih ramai ahli dengan mengedarkan flyer dan memberi hadiah saguhati kepada peserta yang terlibat.