mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS KLIK DENGAN BIJAK (tayangan video)

 

Tarikh : 13/6/2018

Masa: 9.00 pagi – 12.00 TENGAHARI

Lokasi : Pusat Internet Jengka 2

Peserta : 10 orang

 

 

Tujuan
Bagi memberi kesedaran secara lebih nyata kepada setiap pengguna internet khususnya golongan pelajar atau remaja berkenaan dengan keselamatan, kesedaran, kewaspadaan ketika di atas talian. Ini adalah berikutan dengan jenayah siber yang kian meningkat di negara kita dan berada di tahap membimbangkan.

Aktiviti
Petugas menunjukkan kepada pelajar pelbagai jenis video mengenai Klik Dengan Bijak dan meminta mereka membezakan antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila menggunakan internet. Dengan cara ini, pelajar dapat :
• Menjadi seorang pemikir yang kritikal dalam menganalisis sumber maklumat dan komunikasi
• Memahami kesan etika daripada kelakuan dalam talian
• Membuat keputusan online secara beretika