Pada bulan april yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Jengka 2 telah membuat kelas doodle muslimah dengan menggunakan microsoft Paint, kelas tersebut bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Pelajar terdiri daripada ahli yang telah mendaftar 3 hari sebelum kelas. kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ramai pelajar yang tidak mengetahui kegunaan microsoft dapat mempelajari cara untuk menggunakannya dan mempraktiskan penggunaan microsoft paint.







