Dengan sukacitanya pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Felda Jengka 2) ingin memberitahu, setakat JUN 2025, seramai 2114 orang ahli komuniti telah mendaftar dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Jengka 2. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli komuniti kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional Jengka 2.
Antara kelas yang dibuat dan diadakan di pusat internet juga termasuk kelas asas internet, asas komputer, asas microsoft seperti word dan excel. Kelas yang terbaru dibuat adalah kelas permainan pembelajaran secara atas talian dan penjagaan kesihatan juga kelas menggunakan laman web kerajaan, jadi kepada penduduk setempat disarankan datang dan mendaftar sebagai ahli untuk menikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Jengka 2.
Ahli bukan hanya terdiri daripada para pelajar sekolah, tetapi juga warga emas dan belia yang telah menggunakan perkhidmatan di sini dan berpuas hati dengan cara pengendalian dan khidmat yang ditawarkan. Pusat Internet juga turut menyediakan pelbagai pertandingan yang boleh di sertai oleh seluruh ahli komuniti dengan pelbagai hadiah disediakan.
Ahli boleh menyertai aktiviti yang diadakan oleh pusat internet di tempat masing-masing ataupun kawasan berdekatan mereka.Pelbagai hadiah turut ditawarkan bagi mereka yang mengikuti program dan kelas yang disediakan di NADI. Diharapkan bagi awal tahun 2025 ini, lebih ramai ahli komuniti menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Jengka 2.
Pelbagai kelas yang diadakan secara percuma juga menarik minat pengguna untuk menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Jengka 2, lebih menarik lagi, keahlian ahli boleh digunakan di seluruh negeri yang mempunyai pusat internet komuniti di malaysia. Selain daripada itu, ahli pusat internet juga boleh memberi saranan kelas yang ingin dibuat bersama atau menggunakan pusat internet sebagai tempat untuk mengadakan kelas. Untuk pengetahuan ahli, NADI juga telah menyediakan platform untuk pemasaran produk,penjualan dan kelas.Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi petugas NADi melalui nombor petugas atau email Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
(am.jengkadua@gmail.com ).
TAHUN | JUMLAH |
2015 | 456 |
2016 | 582 |
2017 | 644 |
2018 | 688 |
2019 | 791 |
2020 | 808 |
2021 | 820 |
2022 | 876 |
2023 | 928 |
2024 | 1997 |
JUN | 2114 |