mcmc
Keselamatan

ISU KESELAMATAN : MERAJUK, IKUT KAWAN ANTARA PUNCA KES ORANG HILANG

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MERAJUK, IKUT KAWAN ANTARA PUNCA KES ORANG HILANG

Kuala Lumpur, 14 November 2025 – Lari dari rumah kerana merajuk dengan keluarga dan mengikut kawan dikenal pasti antara punca kes orang hilang di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes itu terkandung dalam kategori orang hilang tidak kira ditemui masih hidup atau mati.

Beliau berkata, alasan sedemikian menjadi penyumbang 90 peratus kes orang hilang yang ditemui semula seperti statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia.

“Secara statistiknya, bagi setiap kehilangan 10 peratus orang hilang, sembilan daripadanya ditemui dan (baki) satu itu tidak ditemui.

“Bila saya sebut bagi setiap 10 laporan orang hilang, sembilan ditemui itu sebenarnya pelbagai (sebab). Pertama dia lari dari rumah, dia merajuk dengan keluarga dan dia ikut kawan. Itu (terkandung dalam) kategori itulah.

“Dalam sembilan ditemui, ada ditemui hidup, ada ditemui mati pun ada tapi ini kategori ditemui. Satu yang tidak dijumpai mewakili 10 peratus, saya katakan termasuk kes ini,” kata pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.