1. Program Berkhatan Mega Felda Jengka 2
Tarikh : 20-21/12/2019 Tempat : Masjid Jamek Jengka 2 Peserta : 90 orang |
Tujuan Sempena cuti sekolah, pihak komuniti jengka 2 bersama-sama wakil FELDA telah mengadakan program berkhatan bagi pelajar darjah 3 dan 4 sekolah rendah Jengka 2. Ini adalah bagi mengeratkan dan menghidupkan tradisi melayu dan islam. Aktiviti Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah perarakan sekitar kawasan felda ke masjid, mandi beramai-ramai yang dikelola oleh jabatan bomba cawangan jengka, seterusnya memberi makan kepada peserta yang turut serta untuk berkhatan dan seterusnya berkhatan. pihak Pusat Internet Jengka 2turut mengambill kesempatan untuk mengedarkan flyers dan memperkenalkan dashboard komuniti kepada ahli komuniti. |
2. Program Cuti Sekolah(Klik Dengan Bijak/ Mewarna Poster Dashboard)
Tarikh : 14 & 21/12/2019 Tempat : PI Jengka 2 Peserta : 12 orang |
Tujuan Mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan sukan dan lain-lain dibuat bagi menarik ahli menggunakan pusat internet sebagai pusat komuniti. Aktiviti Antara aktiviti yang dilakukan adalah kuiz online dan mewarna poster bagi tahap 1 dan 2, darjah 1 hingga 6 SK Jengka 2 |
3. Kelas Usahawan(Aplikasi Menjana Pendapatan)
Tarikh : 12/12/2019 Tempat : PI Jengka 2 Peserta : 20 orang |
Tujuan Tujuan aktiviti kali ini adalah untuk menarik golongan usahawan dan suri rumah untuk menggunakan aplikasi My Smart Shopper bagi tujuan memudahkan aktiviti seharian dan pada masa yang sama menjana pendapatan sampingan melalui aplikasi terbabit Aktiviti Untuk aktiviti pertama, petugas telah bercerita serba sedikit mengenai kelas keusahawanan yang ada di pusat internet dan selepas itu menjemput penceramah jemputan untuk bercakap dan memberi taklimat berkaitan aplikasi. |