mcmc
Galeri Foto

Hari Memasak Bersama GPW

Pada hari selasa yang lepas, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Jengka 2 (PI1M), telah berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti bersama pihak GPW atau Gerakan wanita. Mereka telah menyediakan kelas memasak bersama pihak PI1M. Tenaga pengajar dan tempat disediakan oleh pihak GPW dan pusat internet telah menyediakan minuman dan makanan untuk para peserta. Tenaga pengajar ialah Puan Wok Hasnah, ahli komuniti Jengka 2. Menu yang dipilih minggu ini ialah Nasi Dagang bersama gulai ikan dan kari ayam pedas. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari.