
Pada 17 April 2025, Hari Hemofilia Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit hemofilia di seluruh dunia. Sambutan untuk hari tersebut telah dimulakan oleh Persekutuan Hemofilia Sedunia.
Hemofilia merupakan penyakit darah sukar membeku yang biasanya berlaku dalam kalangan lelaki disebabkan kekurangan faktor pembekuan darah.
Oleh itu, penderita hemofilia perlu mendapatkan rawatan untuk mengelakkan pendarahan yang banyak.