Sejarah

Felda Cempaka Jengka 2

Felda Cempaka Jengka 2 (J2), merupakan salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar 1971. Jengka 2 berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 3 & Ulu Jempol. Perjalan dari Bandar Jengka yang terletak 10 kilometer mengambil masa kira-kira 15 minit Terdapat lebih daripada 400 buah keluraga yang terdiri daripada generasi pertama, kedua peneroka & generasi ketiga.

Kawasan penempatan J2 terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Peringkat 1 dan Peringkat 2, peneroka baru dan JKR. Setiap peringkat mengandungi sekurang-kurangnya 100 orang penduduk. Antara kemudahan yang terdapat adalah masjid, Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, dewan serbaguna, padang bola dll.