MEMPROMOSIKAN DASHBOARD PADA HARI USAHAWAN MEMPERKENALKAN PRODUK (TUTORIAL MAKE UP)
Tarikh : 9/05/2017 ( 2.30 PETANG – 6.00 PETANG)
Tempat : PI1M FELDA JENGKA 2
Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat amnya dan kepada usahawan tempatan khasnya. Dashboard Komuniti ini di harap menjadi medium untuk komuniti berinteraksi dan menjadi platform untuk usahawan mempromosikan produk ataupun perkhidmatan dalam talian. Program ini juga melibatkan kolaborasi beberapa agensi kerajaan mahupun NGO yang terlibat secara langsung dalam saluran bantuan kepada usahawan
Tujuan program ini adalah untuk melahirkan komuniti celik digital dan bertanggungjawab dalam dunia digital.
Dengan adanya taklimat ringkas ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar diharap dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia





