Ahmad Kamarul Alif Bin Awang belajar di Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun ini. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu. Baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR pada akhir tahun lalu. Sejak menjadi Ahli di Pusat Internet Jengka 2, Alif kerap ke PI untuk mengulangkaji bersama rakan-rakannya.
Setelah Alif pandai menggunakan internet, Alif lebih mengetahui tentang banyak perkara dan ini memudahkan beliau serta membantu dalam segi pembelajaran. Selepas pulang ke sekolah ,Alif akan ke Pusat Internet bersama rakan untuk mengulangkaji pelajaran di bantu oleh petugas PI. Alif mempelajari Ms. Office bagi memudahkan membuat kerja sekolah yang memerlukan penggunaan Ms. Office.