
Boleh Hidup Tak Tanpa Cili?
Bayangkan hidup tanpa cili. Tiada pedas dalam sambal belacan. Tiada rasa ‘kick’ dalam masakan. Tiada kepuasan setiap suapan nasi lemak.
Di tangan petani ini, ada lebih daripada sekadar cili merah. Ada usaha. Ada keringat. Ada perjuangan memastikan setiap rumah di Malaysia tetap merasai kepedasan yang menyempurnakan hidangan harian.
Jadi, lain kali bila anda menikmati hidangan pedas kegemaran, ingatlah, ada petani yang bertungkus-lumus di sebaliknya.