Usahawan Produk Homemade
NAMA : PUAN NURUL AINI BINTI MUZAMIL UMUR : 30 TAHUN |
Latar Belakang
Puan Aini merupakan usahawan yang berniaga dari rumah. beliau menjual pelbagai aneka biskut dan tudung yang dijahit sendiri.
Sebelum penggunaan ICT
Puan Aini selalunya menjual produk beliau pada jiran dan kawasan sekitar tempat tinggal beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT
Selepas beliau belajar teknik-teknik pemasaran dan cara pengiklanan di media sosial, puan Aini lebih yakin untuk memasarkan produk beliau secara atas talian dan kumpulan di dalam telefon menggunakan aplikasi whatsapp dan lain-lain. Selain daripada itu juga, dengan pemasaran dan penjualan di atas talian, pendapatan Puan Aini semakin bertambah.