mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT(NUR FARAH NADIA)

Latar belakang

Nur Farah belajar di Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun ini. Mempunyai 6 orang adik beradik. Bakal menduduki pt3 pada  tahun hadapan. Sejak menjadi Ahli di Pusat Internet Jengka 2, Farah selalu ke PI untuk mengulangkaji bersama rakan-rakannya dan menggunakan kemudahan yang ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya (Farah) menggunakan internet dengan bantuan petugas PI pada mulanya kerana saya tiada asas dalam penggunaan internet. Selepas saya mengikuti kelas yang telah diadakan, saya telah pandai untuk mencari segala maklumat penting untiuk membantu saya dalam mencari rujukan. Apabila selesai belajar di sekolah, saya akan pulang ke rumah untuk belajar. Untuk subjek sukar, saya banyak menggunakan komputer untuk mencari info dengan bantuan petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah saya ( Farah ) pandai menggunakan internet, saya lebih mengetahui tentang banyak perkara dan ini memudahkan saya serta membantu saya dalam segi pembelajaran.