mcmc
Maklumat NADI

NADI DIIKTIRAF SEBAGAI DTC (PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL)

Kubang Semang, Pulau Pinang | 25 April 2026 — Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus melakar pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital atau Digital Transformation Centre (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Penyerahan pengiktirafan ini telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim dan disampaikan oleh Encik Kishore Babu Yeravalla, Pengarah Pejabat Kawasan Asia Tenggara dan Asia Pasifik, ITU kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi MCMC.

Pengiktirafan ini meletakkan NADI dalam rangkaian global ITU-DTC, sekali gus memperkukuh usaha negara dalam memperluas keterangkuman digital serta memperkasakan komuniti melalui akses, kemahiran dan perkhidmatan digital.

Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan perasmian NADI Kubang Semang serta meluangkan masa melawat reruai Perkhidmatan Pintar NADI dan berinteraksi bersama komuniti setempat.

#NADIMCMC

#NADIMADANI